7 anggota disyaki terbabit dengan penagihan dadah

Posted: October 7, 2010 in Uncategorized

BESUT: Polis Terengganu kini menjalankan siasatan terhadap tujuh anggotanya yang disyaki terbabit dengan penagihan dadah.

Ketua Polis Terengganu, SAC I Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata siasatan membabitkan tiga anggota daripada pasukan polis marin, dua dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dan dua lagi anggota dari Balai Polis Gong Badak.

“Sampel air kencing kesemua anggota polis berkenaan sedang disaring dan sekiranya didapati positif tindakan sewajarnya akan diambil, katanya selepas menyertai Karnival PDRM Bersama Masyarakat Besut yang dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh di sini, hari ini.

enyentuh berhubung pembangunan, beliau berkata, Polis Terengganu diperuntukkan RM1 juta untuk projek membaiki bangunan-bangunan lama di balai-balai dan ibu pejabat polis di seluruh negeri.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius dakwaan terdapat segelintir anggota polis di Terengganu terbabit dengan kesalahan tatatertib yang membabitkan penyalahgunaan kuasa hingga mengambil tindakan sendiri yang tidak menyenangkan masyarakat.

Mohd Shukri berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana anggota, termasuk pegawainya yang tidak berdisiplin atau terbabit dengan kes jenayah. – Bernama

Sumber : Bharian.com.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s