Penyamun berceramah agar jangan membazir wang di pusat permainan video. Ingat tu…!

Posted: September 27, 2010 in Uncategorized

Penyamun pun tau camna susahnya nak dapatkan duit.

so dia menasihatkan supaya jangan kita dok buang duit kat kedai game

penyamun pun tak jimat cermat dan bagi ceramah

hebat penyamun ni, dan lagi spent 15 minit berceramah sebelum melarikan diri

Aku agak laa penyamun sekarang pun kena kursus dulu kot baru dapat lesan, pas tu daftar ngan Persatuan penyamun cawangan berdekatan

mengkin tazkirah lepas ni pasal jangan bazirkan duit ngan rokok.

2010/09/27

ALOR SETAR: Seorang penyamun sempat ‘berceramah’ mengingatkan pelanggan supaya tidak membuang masa serta membazirkan wang di pusat permainan video, selepas dia bersama dua lagi rakannya menyamun wang tunai serta barangan milik pelanggan dan pekerja pusat video terbabit.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari semalam di pusat permainan video di Kompleks Sultan Abdul Hamid, Jalan Pegawai, Alor Setar.

seorang lelaki parah di muka akibat ditetak dengan parang oleh seorang daripada tiga penjenayah terbabit yang bersenjatakan parang dan alat renjatan elektrik.

Seorang pelanggan yang hanya mahu dikenali sebagai Hafiz, 25, berkata penyamun terbabit merampas wang tunai dan telefon bimbit pelanggan, serta barangan berharga lain di kaunter pusat permainan video berkenaan. Katanya, sebelum meninggalkan premis berkenaan, seorang daripada suspek menyampaikan ‘ceramah’ kira-kira 15 minit untuk mengingatkan pelanggan tidak membuang masa serta membazirkan wang di pusat permainan video itu.

“Selepas berceramah, lelaki terbabit keluar dan menaiki sebuah kereta Proton Wira biru yang dipandu seorang lagi rakannya menunggu di luar.

“Saya bersama dua lagi pelanggan kemudian cuba menahan seorang daripada suspek terbabit, tetapi rakannya yang bersenjatakan parang menetak muka seorang daripada kami sebelum mereka melarikan diri,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Hafiz berkata, pada mulanya kumpulan lelaki terbabit memasuki premis permainan video itu dengan berpura-pura sebagai pelanggan, bagaimanapun, selepas itu mereka mengeluarkan senjata dan memaksa petugas kaunter serta pelanggan menyerahkan wang tunai dan barangan berharga milik mereka.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abd Ghafar Rajab ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan polis sedang menjalankan siasatan kes berkenaan.

Lelaki yang cedera itu dihantar Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, untuk rawatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s