Selangor, betul ker ni…?

Posted: September 23, 2010 in Uncategorized

Pelaksanaan Fasa 1 Merakyatkan ekonomi Selangor (MES) dimulakan sebaik memenangi pilihanraya 2008.

Memberikan air percuma sebnyak 20 meter padu pertama kepada rakyat selangor.

Memberi bantuan RM1000 kepada anak selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT bagi ibubapa yang bergaji RM1500 kebawah.Bantuan ini akan diperluaskan kepada semua rakyat tanpa mengira gaji pada masa hadapan.

Mengarahkan Pihak berkuasa Tempatan menanguhkan perobohan rumah setinggan sehingga satu penyelesaian dapat dicapai oleh semua pihak.langkah ini sangat berbeza berbanding dengan kerajaan sebelum ini.

Memberi bantuan kepada mana-mana bayi yang dilahirkan dinegeri selangor sebanyak RM100 kepada ibubapa yang bergaji RM1500 kebawah sebagai tanda penghargaan kerana menjadi rakyat Selangor.Bantuan ini akan diperluaskan kepada semua rakyat tanpa mengira gaji pada masa hadapan.

Mewujudkan royalti pasir untuk rakyat.Yang mana pendapatan yang diperolehi hasil jualan pasir di selangor akan disalurkan kepada rakyat dalam pelbagai cara.Contohnya sebagai bantuan kepada pelajar dari keluarga daif, golongan orang kurang upaya, dan warga emas yang tidak mempunyai pencen untuk menyara hidup.

Memberi beras percuma. Golongan miskin berpendapatan bawah RM1,500 sebulan di Selangor akan mendapat bantuan beras bagi menampung kenaikan harga makanan ruji itu.kerajaan selangor akan membeli RM500,000 beras untuk diberikan kepada golongan miskin dalam negeri Selangor.

Menaikkan tarif kadar miskin kepada RM1,500. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata tarif lama itu tidak lagi relevan kerana hampir 90 peratus penduduk di negeri itu tinggal di kawasan perbandaran.Sehubungan itu, rakyat berpendapatan kurang RM1,500 sebulan dan mempunyai lima isi rumah layak memohon pelbagai bantuan kebajikan yang disediakan kerajaan negeri. Antara bantuan yang layak dimohon rakyat yang berada di bawah garis kemiskinan itu adalah insentif RM1,000 bagi pelajar melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi dan beras percuma.

Mewujudkan Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang.

Pelaksanaan Fasa 2 MES dimulakan pada Januari 2009. Fasa 2 ini mempunyai enam (6) program yang memberi manfaat kepada kakitangan kerajaan, orang kurang upaya dan anak-anak yatim. Fasa 2 mengandungi program-program yang berikut:

Cuti Bersalin Selama 90 Hari kepada Wanita Bekerja. Program ini dirangka berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 (Kemudahan Cuti Menjaga Anak), yang menyatakan seseorang kakitangan awam boleh mengambil cuti tambahan tanpa gaji sebanyak 1,825 hari (5 tahun) sepanjang tempoh perkhidmatan. Tempoh cuti bersalin yang diguna pakai pada masa sekarang berjumlah 60 hari. Bagi tujuan ini, Kerajaan Negeri masih mengkaji cadangan memberikan tambahan cuti sebanyak 30 hari lagi sebagai cuti tanpa gaji dengan membayar elaun gantian gaji penuh sebulan.

Cuti 14 Hari Kepada Suami Yang Isterinya Bersalin. Seorang pekerja lelaki boleh diberi Cuti Tanpa Rekod selama 7 hari jika isterinya bersalin dan dicadangkan diberi pilihan untuk tambahan cuti selama 7 hari lagi.

Pertimbangan Cuti Sebulan kepada Wanita yang Kematian Suami. Kehilangan ketua keluarga sememangnya memberi kesan yang mendalam kepada insan yang ditinggalkan. Justeru itu, Kerajaan Negeri begitu prihatin terhadap keadaan ini dan bercadang memberi sebulan cuti kepada wanita yang kematian suami. Elaun bagi gantian gaji penuh sebulan bagi kakitangan wanita yang berstatus tetap atau kontrak juga layak diterima oleh balu tersebut. Perkara ini pun sedang dalam kajian.

Caruman Takaful kepada Orang Kurang Upaya dan Anak Yatim. Satu skim Caruman Takaful kepada warga emas sudahpun dilancarkan dalam Fasa 1 Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor. Kini, skim seumpama difikirkan wajar diwujudkan bagi memberi pembelaan kepada golongan orang kurang upaya dan anak yatim. Sehubungan itu, skim Caruman Takaful kepada Orang Kurang Upaya Dan Anak Yatim diwujudkan dalam Fasa 2 Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Bantuan kepada Peniaga Muda. Kerajaan Negeri memang menggalakkan golongan muda menceburi bidang perniagaan. Sehubungan itu, Kerajaan sedia memberi bantuan dalam bentuk kewangan, infrastruktur, latihan dan nasihat kepada golongan muda yang berhasrat menceburi bidang perniagaan. Di samping itu, disediakan kursus bagi para belia mendapatkan bantuan pembiayaan daripada Kerajaan Persekutuan.

Bimbingan Perniagaan kepada Belia. Kerajaan memandang serius terhadap masalah pengangguran yang sedang dihadapi oleh masyarakat kita pada masa ini. Oleh yang demikian, usaha-usaha bimbingan dalam bidang perniagaan daripada Kerajaan Negeri kepada belia dijangka mampu merubah pemikiran generasi muda ini kepada bentuk yang bersesuaian dengan kehendak masyarakat majmuk.

Menyediakan tabung anak-anak ibu tunggal. Kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam (Jais) telah menyediakan tabung membantu anak-anak ibu tunggal yang tidak diberi nafkah oleh bapa mereka.Bagaimanapun, kata exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail tabung itu berbentuk pinjaman kerana tanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anak tersebut tetap dipikul oleh bapa. “Pihak Jais membantu tetapi dalam masa yang sama bapa kena membayar hutang dan mereka tidak boleh lepas begitu sahaja.

Menghapuskan sewa tapak pasar malam di seluruh negeri Selangor. Jumlah sewa tapak yang dikenakan sebelum ini RM50 sebulan.

Menyediakan tuisyen percuma. Sebanyak 3.45 juta diperuntukkan untuk membiayai 100 pelajar di setiap DUN. Pelajar yang terdiri daripada keluarga berpendapatan bulanan RM1,500 kebawah boleh menerima program ini.

Pembangunan Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) diteruskan dengan fasa 3 dan 4. InsyaAllah dilaksanakan dalam tahun ke 3 dan 4 pemerintahan Pakatan rakyat di Selangor.

Fasa 3

Bantuan kewangan jagaan anak-anak RM75 seorang

Bantuan kewangan Pra-Sekolah anak-anak RM50 seorang.

Fasa 4

Bantuan kewangan perkahwinan

Elaun ibu tunggal

Elaun istimewa suri rumah

Transparency puji Selangor.Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Paul Low berkata sikap kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam memacu Selangor jelas menunjukkan kerajaan negeri ini merupakan kerajaan yang adil dan telus mencakupi semua aspek.

“Saya yakin MB Selangor mempunyai kehendak politik yang kuat untuk memerangi rasuah sebagaimana yang ditunjukkannya di Selangor,” kata Paul dalam satu sidang media selepas mengumumkan Indeks Persepsi Rasuah 2009.

Memulihkan rumah terbengkalai.Melalui Penasihat ekonomi Selangor Dato Seri anwar Ibrahim, sebanyak 300 biji rumah terbengkalai dipulihkan. Dizaman BN sebanyak 144 projek terbengkalai ditinggalkan, kini bibawah kerajaan pakatan rakyat ia dalam proses pemulihan dengan suntikan modal 5 bilion.

Menyewa rumah di Projek Perumahan Rakyat atau PPR tanpa membayar deposit. Dibawah kerajaan BN deposit sehingga RM1050 perlu dibayar kepada mereka yang hendak menyewa rumah PPR. Deposit ini akan dikurangkan dan boleh dibayar secara ansuran. Skim ini adalah terbuka kepada mereka yang berpendapatan rendah. Kelayakannya adalah sama seperti mereka yang ingin memohon pengurangan sewa rumah PPR dari RM250 kepada RM124. Selain dari itu, permohonan untuk menyewa rumah PPR dan permohonan untuk membayar sewa RM124 boleh dibuat secara rentak. Sebelum ini penyewa akan memasuki rumah terlebih dahulu sebelum dibenarkan membuat permohonan pengurangan sewa.

Memperkenal buku teks percuma untuk murid SAR mulai 2011. Semua pelajar sekolah rendah agama di Selangor baik dari keluarga miskin ataupun sebaliknya bakal menerima pinjaman buku teks mulai tahun 2011. Skim pinjaman buku teks ini mengutamakan mereka yang berpendapatan rendah iaitu bawah RM1,500 tetapi jika peruntukan mencukupi, semua golongan akan menerima kemudahan itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s