Huruf & Angka dalam Al-Quran

Posted: June 10, 2011 in fakta menarik, Fakta pelik, Islam, Islam dan Sains

Kita sering dimaklumkan mengenai angka 786 yang kononnya mewakili perkataan bismillah. Tetapi ramai yang tidak mengetahui bahawa Allah menyebut beberapa angka dalam al-Qur’an yang mempunyai banyak bukti matematik yang tidak kita ketemui. Angka 19 disebut secara spesifik dalam Surah ke 74 “Surah al-Muddathir”, ayat 30 yang bermaksud, “Padanya ada 19″.

Dari surah ini jelas angka 19 memainkan peranan yang besar dalam al-Qur’an. Berikut ialah 19 perkara yang diperhatikan oleh Dr Vladimir Kulish & Rano Izhar yang menemui kepentingan angka ini. Saya memetik hal ini dari sebuah buku yang sedang dalam usaha percetakan:-

  • Al-Qur’an mengandungi 114 surah (114=19×6)
  • Kalimah Bismillah mengandungi 19 huruf arab
  • Walaupun kalimah Bismillah tidak ditulis bagi surah at-Taubah, tetapi perkataan Bismillah ditulis sebanyak 114 kali dalam al-Qur’an
  • Jumlah ayat dalam al-qur’an ialah 6346 (=19×334) Perhatikan jumlah 6346 ialah 19 (6+3+4+6)
  • Daripada surah ke-9, at-Taubah (yang tidak ada Bismillah) kepada surah yang mengandungi kalimah Bismillah (surah 27), jumlah surah kesemuanya 19
  • Jumlah nombor surah kalau dicampurkan dari surah 9 ke 27 iaitu 9+10+11+…….+27=342 (19×18)
  • 342(=19×18) menyamai perkataan antara 2 bismillah dalam surah 27 (bismillah di awal surah 27-perkataan Bismillah dalam surah berkenaan)
  • Ayat pertama turun mengandungi 19 kalimah (Iqra’)
  • Ayat tersebut mengandungi 76 huruf (=19×4)
  • Surah Iqra’ (96) menjadi surah mengikut susunan mengandungi 19 ayat
  • Surah tersebut diletak di atas 19 surah-surah akhir yang lain
  • Surah 96 mengandungi 304 huruf Arab (=19×6)
  • Surah terakhir turun iaitu surah 110 juga mengandungi 19 ayat
  • Ayat pertama surah berkenaan (110:1) mengandungi 19 huruf arab
  • 14 huruf berbeza dari set 14 huruf permulaan seperti Alif, Lam, Mim) dan permulaan 29 surah jika dicampurkan 14+14+29=57 (19X3)
  • Jumlah 29 surah yang dimulai dengan huruf arab (tidak diketahui makna seperti alif, lam, mim dll) ikut surah ialah 2,3,7 dll kalau dijumlahkan 2+3+7+….+50+68=822 dan 822+14 (14 set permulaan dengan huruf hija’iyyah)=836(=19×44)
  • Antara surah pertama (al-Baqarah) dengan surah terakhir (surah 68) yang dimulai dengan huruf, terdapat 38 surah yang tidak dimulai dengan huruf sebegini (=19×2)
  • Antara surah pertama (al-Baqarah) dengan surah terakhir (surah 68) yang dimulai dengan huruf, terdapat 19 giliran antara surah yang bermula dengan huruf dan yang tidak bermula dengan huruf
  • Al-Qur’an menyebut 30 angka berbeza 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 19, 20, 30, 40, 50, 60, 70,80,99,100,200,300,1000,2000,3000, 5000,50000 dan 100000. Jumlah angka-angka ini ialah 162,146 (=19×8534)…Inilah kod Qur’an yang disengajakan oleh Allah untuk memelihara al-Qur’an dari sebarang pemalsuan….dan ia bukan ciptaan manusia. Itulah sebahagian dari penemuan dan kita akan berbincang lagi mengenai hal ini.

Hadrat Hujjatul Islam Shah Waliyullah al-Dahlavi r.h di dalam Kitabnya Al-Fauzul Kabir
menerangkan bahawa tiap-tiap orang yang membaca Al-Quran akan bertemu dengan
2 jenis ayat yang dipanggil Ayat Muhkamat dan Ayat Mutasyabihat.

Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 7 :

7. Dia lah Yang menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab suci Al-Quran.
Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan
nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok)
isi Al-Quran. dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar,
tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut
kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan
ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk
mencari fitnah dan mencari-cari takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya).
Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah
dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama
berkata:” Kami beriman kepadaNya,semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” dan tiadalah
yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berakal.

Daripada ayat ini jelaslah bahawa Allah dengan hikmahNya Yang Maha Tinggi telah menurunkan
2 jenis ayat di dalam Al-Quran untuk memberi pengajaran kepada manusia :

1.Undang-undang dasar millah hanifiah ( Muhkamat )

2.Falsafah Islam yang meliputi segala pengajaran dan dasar yang telah diwahyukan Allah kepada
Nabi Muhamad S.A.W dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu,yang mencantumkan kesemua
maksud-maksud yang terkandung didalam kitab-kitab Allah itu dengan hakikat kebenaran
yang sama.Dengan sebab itu,Ayat Mutasyabihat ini umum ertinya,iaitu tidak berupa khusus.

Dari 2 jenis ayat inilah manusia dapat menentukan dasar dan dan dapat menjalankan
pentadbiran khilafah Allah.

Di antara Ayat-ayat Mutasyabihat itu termasuklah juga Huruf-huruf Muqataat
( Huruf Singkat/Huruf Ringkas) atau almarhum Ustaz Nik Salleh menyebutnya sebagi Huruf Potong
yang digunakan dalam Al-Quran bagi pembukaan surah-surah. Di dalam Al-Quran telah dimulai
dengan Huruf-huruf Muqataat pada pembukaan 29 surah kesemuanya.

Ada 5 jenis Huruf Ringkas atau dipanggil Huruf Muqataat yang terdapat didalam Al-Quran iaitu :

1.    Huruf Sod
iaitu permulaan Surah Sod ( 38:1)

Huruf Nun
iaitu  permulaan Surah Al-Qalam.( 27:1 )

Huruf Khaf
permulaan Surah Khaf ( 50:1 )

2.    Huruf Tho Ha
iaitu permulaan Surah Tho Ha ( 20:1 )

Huruf Tho Sin
iaitu permulaan Surah Namlu ( 27:1 )

Huruf Ya Sin
iaitu permulaan Surah Yasin ( 36:1 )

Huruf Ha Mim
a.  permulaan Surah Ghafir ( 40:1)
b. permulaan Surah Fussilat ( 41:1)
c. permulaan Surah Al-Syura ( 42:1)
d. permulaan Surah Al-Zukhruf ( 43:1)
e. permulaan Surah Ad-Dukhan ( 44:1)
f.  permulaan Surah Al-Jathiyah ( 45:1 )
g. permulaan Surah Al-Ahqaf ( 46:1 )

3.   Huruf Alif Lam Mim
a. permulaan Surah Al-Baqarah ( 2:1)
b. permulaan Surah Ali Imran ( 3:1)
c. permulaan Surah Angkabut ( 29:1)
d. permulaan Surah Al-Rum ( 30:1)
e. permulaan Surah Luqman ( 31:1)
f.  permulaan Surah As-Sajdah ( 32:1 )

Huruf Alif Lam Ro
a. permulaan Surah Yunus  ( 10:1)
b. permulaan Surah Hud ( 11:1)
c. permulaan Surah Yusuf ( 12:1)
d. permulaan Surah Ibrahim ( 14:1)
e. permulaan Surah Al-Hijr ( 15:1)

Huruf Tho Sin Mim
iaitu permulaan Surah Syu’ara ( 26:1 )

4. Huruf Alif Lam Mim Sod
iaitu  permulaan Surah Al-A’raf ( 7:1 )

Huruf Alif Lam Mim Ro
iaitu  permulaan Surah Ar-Roddu ( 13:1 )

5. Huruf Khaf Ha Ya ‘Ain Sod
iaitu permulaan Surah Maryam ( 19:1 )

Ayat yang menjadi kesamaran kepada ulama’-ulama’ dalam penafsiran huruf rahsia ini ialah :

Ertinya “Dan pada hal tidak ada orang yang mengetahui takwilannya yang sebenar
selain dari Allah dan ulama’ yang teguh dalam ilmu”

Ada sesetengah ulama’ yang membaca ayat di atas ini dengan berhenti atau waqaf
pada ( Ha )  Allah. Mengikut bacaan ini, huruf ( wau )  pada (wa rashikuna) itu, menjadi
( wau )  istiknaf ( permulaan jumlah yang lain ) maka berertilah Ayat-ayat Mutasyabihat
itu tidak ada siapa pun, termasuklah Jibrail yang membawa wahyu kepada Junjungan Besar
Nabi Muhammad S.A.W yang menerima wahyu boleh memahami ertinya kecuali Allah Ta’ala jua.
Adapun ulama’ al-rashikun, mereka hanya menerima dan beriman sahaja kepada kehendak
Allah dengan taklid, meski pun mereka tidak ketahui apa-apa maksudnya sekali pun.

Ulama’ Mufassirin yang memahami seumpama ini ialah dari golongan yang mementingkan
qawa’id nahu dan tertib balaghah bahasa sahaja.Mereka tidak mengambil pedoman tafsiran
mereka kepada zuk Quraish dan tafsiran yang dinaqalkan daripada al-immah Mufassirin pada
zaman sahabat Nabi S.A.W seperti Saidina Abdullah ibn Abbas menerusi riwayat yang sahih
sebagaimana yang dicatit oleh Imam Bukhari dalam jame’nya daripada riwayat Mujahid dan
lain-lain.

Murid Saidina Abdullah ibn Abbas dengan sebab mereka kurang menghalusi dan cermat di
dalam memahami selok belok tafsiran itu,mereka telah menyeleweng daripada maksud yang
sebenar.Hasil dari kelemahan itu,mereka telah simpulkan bahawa Ayat-ayat Mutasyabihat
termasuk Huruf-huruf ringkas itu ; “Wallahu ‘lamu bi muroddih “.

Hadrat Imam Fakhruddin Al-Razi r.h di dalam tafsirnya telah menyangkal pendapat-pendapat
ulama’ yang menyeleweng ini.Katanya,” Maka oleh sebab yang demikian,jikalau datang sesuatu
( dalam Al-Quran ) yang tidak ada jalan untuk mengetahui dengannya, nescaya tutur kata itu
berlaku seperti tutur kata orang Arab dengan Bahasa Zinji manakala hal yang demikian
tidak harus berlaku di dalam Al-Quran.   Tujuan dari perkataan itu adalah untuk memberi faham,
maka sekiranya perkataan dalam Al-Quran itu tidak boleh difaham nescaya tutur kata yang
terkandung di dalamnya adalah sia-sia dan safih “

Allah Ta’ala telah menyuruh menghalusi pemikiran ( tadabbur ) kepada Al-Quran.Sekiranya
Al-Quran itu sebuah Kitab yang tidak difaham,maka bagaimanakah Allah perintahkan supaya
tadabbur kepada isi kandungannya ?.

Firman Allah, “ Sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan dari Tuhan Seru sekalian alam,
menurunkannya oleh Ruhu Al-Amin ( Jibrail ) ke dalam hati engkau ( Wahai Muhammad )
supaya engkau menjadi seorang munzir ( memberi khabar bahaya ) kaumnya dengan
bahasa Arab yang terang dan nyata “

Sekiranya Al-Quran itu sebuah kitab yang tidak boleh difaham, maka Nabi Muhammad S.A.W
dengan sendirinya terbatal dan gugur daripada jawatannya sebagai munzir.Maka mustahillah
boleh berlaku perintah-perintah ini jikalau di dalam Al-Quran itu bercampur aduk perkataan
yang boleh difaham dan yang tidak boleh difaham.

( Rujuk juga Kitab Ibn Taimiyah : Al-Akil fi Al-Mutashabih wa ta’wil )

Menurut Imam Shah Waliyullah Al-Dahlavi r.h , dalam memahami maksud ayat
Mutasyabihat ini, perlulah seseorang itu berpengetahuan di dalam 3 peringkat iaitu :

1.Ilmu Naqal
2.Ilmu Aqal
3.Ilmu Kasyaf.

Jika seseorang itu lemah mana-mana satu dari yang 3 itu, maka ia tercacat dalam usaha
mengenalkan 3 perkara penting iaitu :

1.Syariat
2.Haqikat
3.Makrifat.

Kita sering mendengar ucapan ini,”wallahi a’lamu bi muroddih “ yang
ertinya,“ Allah Ta’ala lebih mengetahui kehendaknya ”

Inilah perkataan yang kita selalu dengar atau baca apabila disentuh mengenai tafsiran
ayat ringkas atau ayat Muqataat ini.Adakah bererti dalam Al-Quran itu ada huruf atau
lafaz yang tidak diketahui atau difahami oleh makhluk selain Allah Ta’ala termasuk
Malaikat Jibrail  yang membawa wahyu kepada Nabi Muhammad ? Padahal dalam Quran
itu Allah tegaskan bahawa tiada satu huruf pun yang tidak dapat difahami oleh Nabi S.A.W.

Firman Allah,
(Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan Yang jelas nyata
(yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kita suci (yang menjadi panduan);
dan Kami pula turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan,
supaya Engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa Yang telah diturunkan kepada
mereka, dan supaya mereka memikirkannya.”   An-Nahl ayat 44 (16:44)

Al-Quran itu diturunkan untuk kamu mendapat fahaman.Jika ia tidak difahami maka ia
bertentangan akan kehendak Allah sendiri malah jikalau Rasulullah tiddak dapat faham
maksud Huruf Muqataat ( Huruf Ringkas ) tersebut; bagaimana Baginda boleh berdakwah
kerana ada terdapat kelemahan-kelemahan lain pada Baginda itu !

Ajaran Nabi Muhammad S.A.W mengenai Al-Quran itu terbahagi kepada dua (2) iaitu :

1. Syariat – membicarakan tentang halal,haram,makruh,wajib, sunat dan sebagainya.

2.Hakikat – membicarakan mengenai rahsia Ihsan (Ketuhanan),roh,ubudiyyah dan taqarrub.
Bab ini tidak dapat difahami oleh semua ulama’ kecuali ulama’ yang muhaqqiqi’ sahaja.

Oleh sebab itu tidaklah harus berpegang pada sesorang saja dalam mentafsirkan Al-Quran
kecuali mereka yang berpengetahuan.

Shah Waliyullah Al-Dahlawi r.h (1114-1176 H) seorang mujaddid dan Guru Tariqat telah
menerangkan bagaimana pegangan tafsir yang dijadikan asas iaitu Kitabul Tafseer Imam
Bukhari dengan Riwayat yang sahih dari Abdullah Ibn Abbas r.a dan ulama’-ulama’ yang terpilih.

Mereka telah sependapat bahawa rahsia Huruf Muqataat (Huruf Ringkas) ini dapat difahami
malah tiada satu huruf pun dalam Al-Quran yang tidak dapat difahami oleh makhluk kerana
Allah menurunkan Al-Quran mengikut apa yang difahami oleh hambaNya.

Ramai ulama’ tersilap dalam memahami ayat-ayat mutasyabihat kerana mereka menganggap
bahawa ayat-ayat mutasyabihat ini tidak dapat difahami selain daripada Allah.Pada hal didalam
ayat ini telah diterangkan bahawa ia hanya dapat difahami oleh Allah dan ulama’ rashikun phil ilmin
yang memahaminya.

Firman Allah,
”Sebenarnya Al-Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang
yang diberi ilmu “  Al-Angkabut ayat 49 (29:49)

Nabi Muhammad,para sahabat dan ulama’ kemudian daripadanya seperti Imam Bukhari itu tidak
syak lagi mereka itu dari golongan rashikun phil ilmin yang boleh memahami rahsia huruf muqataat
(huruf ringkas) di dalam Al-Quran itu.

Maulana Ubaidillah As-Sindhi (1872-1944 H) berkata,bermula huruf-huruf yang digunakan dalam
Al-Quran itu ialah bilangan yang diketahui di kalangan umat Yahudi dan Bangsa Arab pada masa itu
dengan kiraan abjad.

(bersambung Bahagian II)

intizhar:
Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya…

Syukran..Tuan acit, begitu menarik untuk di renung bersama-sama…teruskan Tuan…

muslihah91:
Menarik, ilmu baru, tak sabar nak tunggu bahagian 2…

acit:
HURUF MUQATAAT – Huruf-huruf ringkas yang digunakan dalam Al-Quran.

Ada 28 huruf di dalam abjad Arab iaitu :

14 abjad dari jumlah 28 abjad Arab digunakan :

Menurut istilah dalam ilmu sains “gametria” (abjad) silam, berikut
adalah nilaian angka ( nombor ) bagi setiap abjad ( huruf ) Arab
iaitu :

HURUF PERTAMA

Huruf “” itu terkandung daripada angka :

Angka 1 bagi Huruf ( Alif )
30 bagi Huruf ( Lam )
40 bagi Huruf ( Mim )

Huruf itu telah digunakan oleh Allah SWT untuk menjadi pembukaan bagi 6 Surah iaitu :

a.  permulaan Surah Al-Baqarah ( 2:1)
b. permulaan Surah Ali Imran ( 3:1)
c. permulaan Surah Angkabut ( 29:1)
d. permulaan Surah Al-Rum ( 30:1)
e. permulaan Surah Luqman ( 31:1)
f.  permulaan Surah As-Sajdah ( 32:1 )

Apabila dicampurkan ketiga-tiga huruf ini ( 1 + 30 + 40 ) , maka jumlahnya tujoh puloh satu ( 71 ).

Maksudnya 71 tahun selepas daripada kebangkitan Nabi S.A.W ( bermula Baginda dilantik menjadi Nabi )
hingga sampai kepada zaman pemerintahan Muawiyyah di Negeri Syam.

Zaman yang dijanjikan Tuhan kepada Nabi dan para sahabat akan datang, penguasaan tampuk
khilafah yang besar dari tangan Yahudi dan Nasoro.

Bermula dari situ ,hilanglah kekuasaan mereka yang mana janji itu terkandung dalam
3 peringkat :

a.Zaman ( Alif ) iaitu isyarat kepada zaman perlantikan Nabi S.A.W

b.Zaman ( Lam ) iaitu peringkat 30 tahun selepas kenabian Nabi S.A.W  setelah jatuh Baitulmagdis,
pusat pemerintahan Kerajaan Rom ke tangan umat Islam.Muawiyyah telah menawan Negeri Syam
dan bertapak di situ.

c.Zaman ( Mim ) iaitu isyarat selepas kejatuhan Baitulmaqdis.

Dalam 3 peringkat ini,berpindahlah kekuasaan Kaum Yahudi dan Nasoro kepada pemerintahan
Negara Islam oleh para sahabat-sahabat Nabi S.A.W.

Ini adalah penyataan yang terkandung dalam rangkaian Huruf-huruf Muqataat / Huruf Ringkas ( Alif,Lam,Mim )

( Alif Lam Mim ) pada Surah Al-Baqarah :
Ia menunjukkan khilafah Islam yang diberikan kepada Nabi S.A.W telah sempurna dalam tempoh 71 tahun.

( Alif Lam Mim ) pada Surah Ali Imran :
Ia menyatakan bahawa kekuasaan Kerajaan Islam diambil dengan kekerasan (peperangan) daripada
Kaum Yahudi/Nasoro dalam tempoh 71 tahun.

( Alif Lam Mim ) pada Surah Al-Rom :
Menyatakan bahawa kemenangan yang dicapai oleh Umat Islam dan keteguhan khilafah dalam tempoh
71 tahun ini menjadi asas bagi mengembangkan ajaran Islam dan khilafah Islam ke seluruh dunia.

( Alif Lam Mim ) pada Surah Lokman
Menyatakan bahawa Qurish ialah satu umat yang mulai membentuk satu sejarah Islam yang tinggi
hasil dari perjuangan dalam tempoh 71 tahun itu.

( Alif Lam Mim ) pada Surah Sajdah :
Menerangkan contoh keyakinan dan kejayaan.Sebagaimana umat yang  terdahulu setelah
pengukuhan Islam untuk dikembangkan sehingga beroleh kejayaan yang dapat dilihat dalam
tempoh 71 tahun itu.

( Alif Lam Mim ) pada Surah Angkabut :
Menerangkan bahawa kekuasaan pemerintahan Islam yang dipimpin oleh Arab Quraish
dalam tempoh 71 tahun itu menjadi sebab bagi mereka untuk menjadi contoh bagi
mengembangkan Islam ke seluruh pelusuk dunia.

….tbc

acit:
HURUF KEDUA

Huruf ini mempunyai nilai 14

Tho – isyarat kepada angka 9
Ha – isyarat kepada angka 5.

Ada pun Huruf ( Tho) mengikut kiraan abjad iaitu 9 yakni isyarat bagi tahun ke 9 selepas kenabian
Nabi S.A.W telah berlaku suatu peristiwa yang besar iaitu peristiwa Israk dan Mikraj.

Ada perselisihan ulama’ mengenai tahun sebenar peristiwa Mikraj Nabi S.A.W tetapi setelah diselidiki
dan dihalusi mengikut tawarikh, maka Syeikh Mahmud ( Mesir ) telah memutuskan bahawa mikraj Nabi
berlaku pada Tahun ke 9 selepas kenabian Baginda S.A.W seperti yang dimaksudkan dengan Huruf (Tho) itu.

Huruf ( Ha ) mengisyaratkan kepada angka 5 iaitu 5 tahun selepas Huruf Tho ( Tahun Mikraj ) berlakunya
peperangan Badar.

Apa yang dimaksudkan ( ThoHa ) ini ialah menyatakan persamaan di mana dua orang Nabi iaitu Nabi Allah
Musa a.s dan Nabi Muhamad S.A.W dalam tahun yang ke 9 dan berikutnya yakni 5 tahun selepas itu semasa
ditaklifkan solat .

Berikutan dari itu, berdirilah khilafah Islamiyah bermula dari peristiwa Peperangan Badar sehinggalah
menguasai seluruh Semenanjung Hijaz.Di dalam surah ini difahamkan bahawa Huruf ( Tho ) dan ( Ha ) itu
terbukti ada peristiwa di antara dua Nabi ( Nabi Musa a.s dan Nabi Muhamad S.A.W ) di dalam menerima
taklif sembahyang dan kejadian Mikraj pada tahun ke 9.

Keterangan ini adalah dari ayat Al-Quran yang menyebut cerita tentang Nabi Musa yang menjadi anak
angkat kepada Firaun. Pada suatu hari,Nabi Musa telah membunuh seseorang di dalam istana Firaun
kerana hendak menyelamatkan kaumnya Bani Israel.

Firaun telah menghalau Nabi Musa dari istana lalu menuju ia ke Mada’en.Baginda bertemu dengan anak
Nabi Syuib yang sedang mengembala kambing. Setelah diceritakan kebaikan Nabi Musa kepada ayahnya,
lalu Nabi Syuib pun menjemput Nabi Musa ke rumahnya dan dipelawa berkahwin dengan anaknya itu.
Mas kawinnya ialah Nabi Musa perlu memelihara kambing selama 8 tahun dan boleh meneruskannya
beberapa tahun lagi jika beliau mahu.

Tetapi Nabi Musa hanya mahu berkhidmat selama 8 tahun sahaja.Apabila masuk tahun yang ke 9,
Nabi Musa kembali ke Mesir.Didalam perjalanan di sebuah lembah,Nabi Musa nampak ada sepohon
kayu yang menyala lalu Baginda pergi ke sana bertujuan untuk mendapatkan api.

Apabila tiba, Baginda terdengar satu suara berkata, ”Hai Musa,Aku lah Tuhanmu.Hendaklah engkau
sembahyang dan mengingati Aku “.

Maka nyatalah bahawa perintah sembahyang kepada Nabi Musa itu berlaku pada tahun ke 9.Hal ini
bersamaan dengan Nabi Muhamad S.A.W berikutan kembalinya ke Mesir kerana menyampaikan suruhan
Allah kepada Firaun dan Bani Israel.

http://halaqah.net/v12/index.php?topic=10425.0;wap2

 

786 di kedai mamak

amalan penggunaan nombor di kalangan masyarakat India daripada pengaruh Tariqat Chisti secara amnya.

Setiap nombor dari Alif hingga Ya ada nilainya, benda ni dalam kitab Tajul Muluk ataupun Pati Rahsia pun ada tulis pasal benda ni.

Sebab tu ada 786 utk Bismillah dan 386 utk Lailahaillah dan sebagainya.

Alasan yang digunakan utk penggunaan nombor adalah kerana meeka ingin meletakkan kalimah-kalimah al Quran pada perniagaan atau gerai mereka tetapi tidak mahu ayat-ayat itu terkena kotoran atau buka pada tempat yang seeloknya seperti gerai tepi jalan, atau letak pada dinding yang mana senang kotor.

Apabila perniagaan semakin maju amalan penggunaan nombor ini terus dibawaw bersama.

Pasal penggunaan nombor ini setakat ini jumpa banyak ustaz, ada yang kata boleh, ada kata tak boleh, sama macam setengah kata boleh belajar Tajul Muluk dan Pati Rahsia, ada kata tak boleh. Wallahualam.

1 kali * 2 = 2)
س (1 kali * 60 = 60)
م (3 kali * 40 = 120)
ا (3 kali * 1 = 3)
ل (4 kali * 30 = 120)
ه (1 kali * 5 = 5)
ر (2 kali * 200 = 400)
ن (1 kali * 50 = 50)
ح (2 kali * 8 = 16)
ي (1 kali * 10 = 10)
Jumlahnya = 2+60+120+3+120+5+400+50+16+10 = 786

adapun perkara yang sebegini dalam agama merupakan bid’aah kerana nabi mengejar kita bismillah dalam bentuk penulisan yang lain.Namun sesetengah kita melakukan yang lain pula.

Asal:

Perkara sebegini pada penadapat saya bertapak kukuh pada permulaannya di India,terletak di Deoband.Ramai ulama’ deoband menentang perkara ini.Termasuk salah seorang mufti terdahulu di India di deoband iaitu Mr.Ibrahim Desai.Katanya:

By Mufti Ebrahim Desai

CAN NUMBER 786 REPLACE THE HOLY NAME OF GOD? The innovation of writing ‘786’ replacing ‘Bismillah Hirahmaan Niraaheem’ has been adopted for a long time and the majority of the Ummah is still indulged in it advertently.

Apart from the common folk, the scholars also heed no attention towards it and to avoid disrespect to the Holy Words they use it in their letters and documents. They adopt it as ‘correct’ and ‘better’ way to invite Allah’s

blessings and have also started replacing the Holy Words by this number on their houses, offices, buildings, etc. Unfortunately, this tendency is gradually gaining momentum. But, do we see this number instead of the Holy Words in the Holy Qur’aan? Or, can we write it there as well? can we remove ‘Bismillah Hirahmaan Niraaheem’ from the top of Surah al-Faatiha and replace it with the number 786? Obviously not. If we study the Qur’aan, we see it carries the holy words in a letter from Prophet Solomon (pbuh) to the Queen of Sheeba -Bilqis – who was an infidel at that time. Even Prophet Muhammad (sallallahu alaiyhi wassallam) in his letters to different heads of states and governments, used the holy words at the top.

Therefore, whosoever uses 786 with the intention to obtain Allah’s blessings, is a misguided person and any attempt to justify it, is ignorance. More astonishing is that fact that ‘786’ is an aggregation of the numbers of Hindu ‘Lord Hari Krishna’. H(a)iri Kr(i)shna

h-5, r-200, r-10, k-20, r-200, sh-300, n-50, a-1 =Aggregate of 786

Thus, the aggregate number of these letters (Hari Krishna) equals 786. This is also the case of ‘Bismillah Hirahmaan Niraaheem’. Therefore, it is necessary to avoid using this number to avoid the danger of being indulging in infidelity. Islam’s foundation is laid on the belief in Tawheed (oneness of God). If we associate anyone with Allah’s exalted names orally or practically, we would be committing infidelity that is an unpardonable sin.

The Qur’aan warns us, one who finds a rival against Allah, Allah will never allow him to enter paradise, and his abode is the hell. The letters by the Prophet(sallallahu alaiyhi wassallam) to non-Muslim Kings and chiefs bear the holy words ‘Bismillah Hirahmaan Niraaheem’. This was also the case of his noble companions. Did the Prophet (sallallahu alaiyhi wassallam) and his companions respect the Holy Words less than we do? Was the verse, ‘Today I completed your religion for you’, revealed to the Prophet(sallallahu alaiyhi wassallam) or to the socalled scholars of our age who are all bent to amend the Divine principles.

Now, when it became known that ‘786’ is written in place of Hindu, ‘Lord Krishna’, and has no significance in the Holy Qur’aan and Sunnah, it is obviously an innovation and goes against the Divine doctrine of ‘Obey Allah and His Prophet’. Similarly, some Muslims replace Allah’s name by the number ’66’ and the Prophet’s name by ’92’. But if one ask, the number ‘420’ is used against somebody’s name and he is called ‘420’.Can he bear such an insult? Calling someone by a nick name is a sin. Allah Ta’ala says, ‘Don’t call one another by nick names’. If Allah prohibits the use of nicknames for fellow human beings, how can He allow the use of such insulting replacement number for Himself and His Prophet (sallallahu alaiyhi wassallam).

‘Bismillah Hirahmaan Niraaheem’ has great significance in the Qur’aan and Muslims are ordered to begin any work but in the names Allah,not in the number of ‘786’ or any other substitution.

Fatwa berkaitan kepercayaan 786

Kategori : Akidah
Tajuk :
Kepercayaan terhadap angka 786 bermaksud Bismillahirrahmanirrahim
Isu :

Fatwa :

1. Kepercayaan terhadap angka 786 bermaksud Bismillahirrahmanirrahim juga meyakini angka tersebut membawa tuah dan nasib yang sentiasa baik adalah satu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan Akidah Ahli As-Sunnah Wal-jamaah dan syariat serta akhlak Islam.

2. Perbuatan ini juga termasuk dalam golongan mereka yang mentafsirkan Al-Quran mengikut hawa nafsu dan tidak berdasarkan kepada ilmu dan displin-displinnya serta tidak mendapat hidayah Allah s.w.t.
3. Semua pihak yang terlibat hendaklah menghentikan kepercayaan dan penggunaan terhadap perkara ini dengan serta merta.

4. Semua umat Islam dilarang membuat, mencetak, menjual, membeli, mengguna, menyimpan, mempamer, menjadikan perhiasan, menjadikan logo dan menjadikan azimat apa-apa sahaja benda atau barangan yang mengandungi angka 786 tersebut.

Sumber : Fatwa Negeri Johor
Sumber lain : THE MYTH OF 786

Membuktikan al-Qur’an Melalui Rahasia Huruf
Dipublikasi pada Wednesday, 08 September 2004 oleh admin

Muhammad Sho’imuddin (assiyami@…)

Al-Qur’an yang kita baca selama ini merupakan kitab yang terakhir yang
diturunkan setelah kitab Taurat dan Injil, sekaligus mu’jizat yang teragung
yang dimiliki oleh Baginda Nabi Muhammad SAW. Di dalam al-Qur’an banyak
sekali rahasia yang belum terungkap, baik yang bersifat ma’nawiyah ataupun
lafdziyah. Allah menginginkan agar kita mengungkap dan memikirkannya, supaya
dapat kita ambil hikmah dan ibrahnya.

Seperti dalam surat Qaaf umpanya, kita hitung huruf “Qaaf†yang ada pada
surat itu, dimana kita akan dapatkan sebanyak 57 (lima puluh tujuh) huruf
“Qaafâ€. Kemudian kita ambil surat lainnya yaitu surah Assyura yang panjangnya
dua kali surat Qaaf di mana huruf “Qaaf†itu sebanyak 57 (lima puluh tujuh)
juga (apakah ini merupakan kebetulan?).

Jika kita jumlah antara huruf “Qaaf†yang ada dalam surah Qaaf dengan huruf
“Qaaf†yang ada dalam surah Assyura 57 + 57 = 114. maka angka ini adalah
jumlah seluruh surat yang ada di dalam Al-Qur’an.

Kalau kita baca ayat yang ada di awal dan akhir surah Qaaf.

Ayat pertama:

“Qaaf Walquranulmajidâ€, Artinya: Qaaf, demi al-Qur’an yang mulia

Ayat terakhir: Fadzakkir Bilqurani Man Yakhafu Wa’iid, Artinya: Maka berilah
peringatan dengan al-Qur’an siapa yang takut ancaman Ku.

Semua huruf “Qaaf†tadi merupakan isyarat bahwa al-Qur’an bukan karya
manusia. Jumlah huruf “Qaaf†pada kedua surah itu 144 (seratus empat belas)
sesuai dengan jumlah surah-surah yang ada dalam al-Qur’an. Setelah diadakan
cek dengan komputer, ternyata surat Qaaf mengandung huruf “Qaaf†paling
banyak dibanding surah-surah yang lain yang ada di al-Qur’an.

Kemudian surah ar-Ra’ad yang di awali dengan huruf Alif laam miim raa,
dinyatakan oleh komputer, bahwa surah tersebut mengandung huruf-huruf yang
terbanyak dengan urutan sebagai berikut:

Alif = 625, Laam = 479, Miim = 260, Raa = 137

Kemudian diadakan penyelidikan serupa pada surah al-Baqarah, al-Imran,
al-‘Ankabut & al-Ruum yang di mulai dengan Alif laam miim, maka hasilnya:

surah al-Baqarah

Alif = 4592, Laam = 3204,Miim = 2195

Surah al-Imran

Alif = 2578 Laam = 1885 Miim = 1251

Surah al-‘Ankabut

Alif = 784 Laam = 554 Miim = 344

Surah al-Ruum

Alif = 547 Laam = 396 Miim = 318

Semua huruf-huruf yang ada dalam surah-surah tersebut merupakan yang terbanyak
sesuai dengan urutannya.

Demikian juga dengan huruf-huruf Alif laam miim shaad di surah al-A’raf
Menurut keterangan di dalam komputer huruf-huruf tersebut adalah yang terbanyak
pada surat itu sendiri, bahkan lebih banyak dari pada yang ada di surah-surah
yang turun di Mekah

Pada surah Thaha kita jumpai kedua huruf Thaa dan haa sebagai huruf terbanyak di
antara surah-surah yang turun di Makkah. Begitu juga huruf Kaaf haa yaa ‘aiin
shaad pada permulaan surah Maryam. Huruf-huruf tersebut merupakan yang terbanyak
pada surah itu, bahkan lebih banyak dari surah-surah al-Qur’an lainnya yang
diturunkan di Mekah.

Apabila kita jumlah huruf-huruf haa dan miim yang ada pada surah-surah yang
dimulai dengan kedua huruf tersebut, maka hasilnya akan lebih banyak dari pada
yang dikandung semua surah yang turun di Mekah. Begitu juga huruf “Shaadâ€
yang merupakan pembukaan surah Shaad dan surah al-A’raf (Alif laam miim shaad)
yang turunnya berurutan itu, bila dikumpulkan akan merupakan dua surah yang
terbanyak dari pada yang dikandung semua surah dalam al-Qur’an.

Surah-surah yang bermula dengan huruf Alif laam raa, seperti surah Ibrahim,
Yunus, Hud, Yusuf & al-Hijr, jika ketiga huruf tadi digabung, akan merupakan
angka yang terbesar, lebih besar dari pada yang dikandung oleh semua surah
al-Qur’an lainnya yang turun di Mekah.

Sebaliknya huruf “Yaa†dan “Siin†pada permulaan surah Yasin itu. Menurut
susunan abjad, “Yaa†merupakan huruf terakhir. Tetapi dalam surah tersebut,
huruf “Siin†lah yang terakhir. Karena itu, kedua huruf tadi dalam surah
tersebut merupakan yang paling sedikit bila di bandingkan dengan surah-surah
al-Qur’an lainnya, baik yang turun di Mekah ataupun Madinah.

Keterangan-keterang tersebut merupakan hasil riset yang dilakukan oleh Dr.
Rasyad Khalifah, cendikiawan Mesir di Amerika dari bukunya yang berjudul:
Miracle of the Qur’an. Islamic International in St. Louis mo U.S.A yang juga
merupakan bantahan terhadap tuduhan yang dilontarkan, bahwa al-Qur’an itu
adalah karangan Nabi Muhammad SAW sendiri.

Maka tidaklah mungkin Nabi Muhammad SAW berkata dalam hati “Saya akan
mengarang sebuah surah dari al-Qur’an bernama ar-Ra’ad. Dalam surah tersebut
akan saya jadikan huruf alif, laam, miim dan raa sebagai yang terbanyak
padanyaâ€.

Kita pun tahu bahwa al-Qur’an itu di turunkan bertahap dan terputus-putus
surahnya, tidak sekaligus dalam waktu 23 tahun, dimana tidaklah mungkin menyusun
suatu artikel dengan memperbanyak beberapa huruf tertentu seperti tertera pada
pembukaannya, selain Allah. Tuhan yang maha mengetahui segala sesuatu sebelum
terjadi dan yang menghitung dengan kecepatan yang tak terhingga dan lebih teliti
serta tepat dari pada komputer

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s