Senarai gaji CEO, Perdana Menteri dan Menteri

Posted: May 30, 2011 in Berita Malaysia, fakta menarik

Kalau sebelum ini, Idris Jala merupakan CEO MAS yang mana pendapatannya adalah sekitar RM100,000. Sekarang ini, beliau sudah pun meninggalkan sektor swasta untukmenyertai barisan kabinet Malaysia yang ada pada hari ini apabila dilantik sebagai senator dan menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Berdasarkan laporan tahun 2008, pendapatan bagi Ketua Pegawai Eksekutif MAS ini di antara RM1 juta sehingga RM1.5 juta setahun.

Tetapi saat ini apabila beliau sudah pun bergelar menteri, elaun bulanan sebagai Datuk Idris Jala adalah sebanyak RM14,907, 20 ditambah dengan jawatannya sebagai senator di mana beliau turut  menerima RM4,112.79. Ini tidak termasuk beberapa faedah dan inisiatif lain yang bakal anda lihat di bawah ini nanti yang jumlah minimumnya adalah sebanyak RM25, 619.99. Tetapi untuk setakat hari ini belum dapat dipastikan adakah imbuhan yang diterima  termasuk sekali tugasan beliau selaku Ketua Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) dan juga ketua bagi unit KPI kerajaan Malaysia.

elaun ahli parlimen4 Gaji CEO & Elaun Ahli Parlimen di Malaysia

Tentunya sesuatu yang berbeza untuk dibandingkan antara anda berkhidmat untuk kerajaan dengan sektor swasta. Datuk Idris Jala pernah menyelamatkan MAS yang dihimpit hutang sebanyak RM3.08 billion untuk tempoh 3 tahun dengan cara menjual kapal dan beberapa bangunan lain untuk menyelesaikan krisis kewangan MAS sebelum ini (ini telah terdapat dalam hansard perbahasan baru-baru ini di Dewan Rakyat). Datuk Seri Idris pada awalnya merupakan Pengarah Urusan bagi Shell Gas & Power Malaysia (2002-2005) sebelum menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) pada Disember 2005. Selain golongan korporat seperti Idris Jala menyertai kabinet Malaysia adalah Tan Sri Nor Mohamad Yaakob  yang sebelum itu bersama Bank Rakyat.

Kalau sebelum ini saya pernah menyentuh gaji pemerintah atasan sebelum ini, kali ini maklumat lebih terperinci berdasarkan laporan tahun yang dikeluarkan lewat tahun 2009.

  • Gaji Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan
  • Gaji Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15 sebulan
  • Gaji Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan.
  • Gaji Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan
  • Gaji Perdana Menteri Singapura : Lee Hsien Loong
    s$3 juta setahun (RM7.25 juta setahun, RM600,000 sebulan)
  • Gaji Presiden Amerika : Barack Obama
    US$400,000 setahun(RM1.4 juta, RM116,666 sebulan)
  • Gaji Perdana Menteri Britain : David Cameron
    £194,250 (RM1.1 juta, RM91,666 sebulan)
  • Gaji Perdana Menteri Australia : Kevin Rudd
    AU$330,300 (RM942,570, RM78,560 sebulan)

Kalau di negara Singapura, gaji Perdana Menteri  diberikan setara dengan gaji ceo bagi kebanyakan syarikat gergasi di negara berkenaan. Ini kerana mereka beranggapan tugasan dan cabaran yang digalas oleh pemimpin Singapura adalah sama dengan penaung syarikat terkemuka di negara kota Singa itu. Berlainan pula, gaji CEO di Malaysia adalah jauh yang lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri dan juga barisan kabinet Malaysia. Pendapatan mereka ini termaktub dalam Akta Ahli Parlimen (saraan) 1980 [Akta 237]

gaji ceo Gaji CEO & Elaun Ahli Parlimen di Malaysia1) Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak
CEO CIMB Group Holdings Berhad
RM9.35 juta setahun (RM779,166 sebulan)

2) Datuk Seri Zubir Murshid (telah digantikan dengan Datuk Mohd Bakke Salleh)
CEO Sime Darby Berhad
RM2.05 juta setahun (RM170,833 sebulan)

3) Datuk Yusli Mohamed Yusoff
CEO Bursa Malaysia
RM1.97 juta setahun (RM164,166 sebulan)

4) Datuk Seri Abdul Wahid Omar
CEO Maybank Berhad
RM1.78 juta setahun (RM148,333 sebulan)

5) Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin
Boustead Holdings Berhad
RM1.85 juta (RM154,166 sebulan)

elaun ahli parlimen2 Gaji CEO & Elaun Ahli Parlimen di Malaysia

  • Elaun bulanan ahli Dewan Rakyat : RM6,508.79
  • Elaun bulanan ahli Dewan Negara : RM4,112.79
  • Elaun bulanan ahli Dewan Rakyat : RM6,508.79
  • Elaun bulanan ahli Dewan Negara : RM4,112.79
  • Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi (jarak lebih 32 km daripada kediaman atau pejabat ahli parlimen) : RM100 sehari
  • Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi di luar Malaysia : RM150 sehari sehari
  • Elaun Hiburan : RM1,500
  • Elaun Istimewa : RM1,500
  • Elaun Pengangkutan : RM1,500
  • Elaun Telefon : RM900
  • Elaun Pemandu : RM1,200
  • Komputer peribadi : RM6,000 (maksimum)
  • Elaun kehadiran di Parlimen : RM200 sehari
  • Elaun kehadiran sebarang mesyuarat, seminar yang dianjurkan oleh Kementerian/Kerajaan  : RM150 sehari
  • Elaun yang memerlukan mereka tinggal di hotel untuk urusan rasmi  : RM350 semalam (maksimum)

Lain-lain kemudahan:

Ahli Parlimen yang menjalankan urusan rasmi turut boleh menuntut kos perbelanjaan yang dialami. Antaranya :

a) Penggunaan pengangkutan awam untuk urusan rasmi di mana tidak menggunakan kereta sendiri.
b) Parking dan bayaran tol
c) Kos perbelanjaan telefon yang digunakan untuk urusan rasmi
d) Kos dobi selama tinggal di hotel yang mesti disertakan resit sebagai bukti
e) Airport service charge mesti disokong dengan resit
f) Kos kelebihan bagasi berhubung dengan dokumen rasmi dan bahan disokong oleh penerimaan
g) penerbangan kelas perniagaan
i) kelas pertama bagi pengangkutan keretapi
j) lesen kenderaan
k) bilik kelas pertama di hospital
l) Pinjaman perumahan maksimum RM360,000
m) Pinjaman kenderaan maksimum RM100,000

Bukan sahaja negara Malaysia mengalami masalah daripada segi kadar defisit yang teruk sehingga dikatakan negara Malaysia mampu diistiharkan sebagai bankrap + muflis, nampaknya Malaysia tidak berseorangan………..

Ini kerana kerajaan baru Britain yang dipimpin oleh kerajaan campuran Konservatif dan Liberal Demokrat tidak duduk diam sekarang ini selepas mendapat mandat untuk memerintah. Lepas satu, satu reformasi yang telah mereka lakukan. Mereka tahu negara Britain berada dalam masalah sehingga menyebabkan mereka bertindak melakukan transformasi yang cukup drastik.

britain21 Senarai Gaji Perdana Menteri & Menteri Malaysia?

Sebelum itu, apa yang Perdana Menteri Britain, Davis Cameron katakan kepada barisan kabinetnya?

Menteri-menteri Britain adalah pekerja dan bukan tuan kepada rakyat Britain. Kerajaan Britain bakal menuju tranformasi yang maju.

Antara bentuk transformasi yang kerajaan Britain lakukan setakat ini demi memulihkan negara Britain terutamanya bagi mengurangkan rekod defisit negara Britain yang mana telah mencecah sebanyak 156.1 bilion pound (RM750 bilion) pada 2009-2010 atau 11.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Britain :

  • Kerajaan campuran Britain juga merancang penjimatan sebanyak 513 juta pound sterling (RM2.5 bilion) dengan mengurangkan bajet badan-badan penasihat dan membubarkan sebahagian daripadanya
  • Faedah istimewa yang dinikmati kakitangan kerajaan seperti teksi, penerbangan dan kemudahan hotel juga akan turut terjejas
  • Gaji perdana menteri Britain dan menteri-menteri Britain dipotong sebanyak 5 %
  • Menteri-menteri Britain yang terdiri daripada kerajaan campuran Konservatif dan Liberal Demokrat tidak diberikan elaun pengangkutan dan……………….kemungkinan besar mereka akan menggunakan alternatif lain seperti tren atau pun bas
  • Kerajaan juga bakal menjimatkan sebanyak 8 bilion pound (RM38 bilion) melalui cukai khas yang dikenakan kepada bank

Bukan sedikit nilai bajet yang dipotong mereka iaitu sebanyak RM29 billion iaitu kalau dalam matawang mereka bersamaan 6 bilion pound sterling.

Untuk apa kerajaan baru Britain melakukan semua ini?

  1. Mahu memastikan golongan yang mudah terjejas akibat potongan ini akan dilindungi
  2. Untuk kebajikan dan mahu mengelakkan pembaziran.

Samada angka di bawah ini akan berubah atau tidak, tidak diketahui. Bergantung juga kepada kebijakkan pemimpin Malaysia bagaimana mahu menangani situasi yang dialami Malaysia sekarang ini. Mungkin sudah ada corak dan perubahan tersendiri yang ingin mereka lakukan :

 ———————————————————————————–

Senarai Gaji Perdana Menteri Malaysia & Gaji Menteri Malaysia :

  • Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan
  • Timbalan Perdana Menteri –    RM 18,168.15 sebulan
  • Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan.
  • Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan
  • Setiausaha Parlimen -  RM   7,187.40 sebulan
  • Ahli Dewan Negara – RM 6,508.59
  • Ahli Dewan Rakyat – RM 4,112.79
  • Elaun-elaun Menteri? Elektrik, minyak, majlis-majlis keramaian, bil telefon, bil air, bil elektrik, bercuti, driver, kereta dan lain-lain lagi. Semuanya ditanggung

Formula untuk pengiraan elaun mantan Ahli Parlimen:

  • Pencen: 1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji
    Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM 2,056.40. Lagi lama berkhidmat sebagai MP, lagi banyak pencen dia akan dapat.
  • Ini tidak termasuk elaun perjalanan, penginapan dan peribadi yang boleh dipinta sekiranya Ahli Parlimen menghadiri penggal sessi persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
  • Gratuiti: 1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)

Saya sambung pula gaji Menteri Besar, Exco di negeri-negeri lain. Jikalau gaji Perdana Menteri, Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen adalah tertakluk di bawah peruntukan kerajaan persekutuan, tetapi untuk Menteri Besar, gaji Exco negeri-negeri adalah di bawah peruntukan kerajaan negeri.

Setiap negeri ada enakmen mereka dan gaji ni semua adalah di bawah Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan). Di bawah ini adalah contoh gaji Menteri Besar dan exco di sebuah negeri.

  • Menteri Besar – RM14,175.15
  • Anggota Exco kerajaan negeri – RM6,109.29
  • ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) – RM4,112.79

thanks to http://beritasemasa.com/gaji-ceo-elaun-ahli-parlimen-di-malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s