Perkuburan Baqi’ Madinah

Posted: November 12, 2010 in Uncategorized

Baqi’ ialah kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah dan sesiapa sahaja yang meninggal dunia di Madinah, termasuk para jamaah haji atau umrah.

Rasulullah SAW sering menziarahi perkuburan Baqi’, baginda mengucapkan salam, berdoa memohon keampunan  serta rahmat Allah kepada mereka yang dikebumikan di situ.

Perkuburan Baqi’ terletak di sebelah tenggara (kiri) Masjid Nabawi. Kini ia dilingkungi oleh pagar yang tinggi. Waktu melawatnya ialah selepas solat subuh dan selepas solat asar. Selain waktu itu, pengunjung dibenarkan masuk sewaktu ada janazah yang hendak dikebumikan.

Walaubagaimanapun kebenaran hanya diberikan kepada kaum lelaki sahaja.

Imam Malik meriwayatkan bahawa kira-kira 10 ribu sahabat yang meninggal dunia dikebumikan di Baqi’ ini. Di antara mereka termasuklah keluarga Rasulullah SAW seperti Fatimah binti Rasulullah, Hasan bin Ali, Abbas bin Abdul Muttalib, Jaafar as-Sodiq, Ruqayyah binti Rasulullah, Ummu Kalthum binti Rasulullah, Zainab binti Rasulullah dan Ibrahim bin Rasulullah SAW.

Begitu juga para isteri baginda seperti Aisyah binti Abu Bakar, Sauda binti Zam’ah, Hafsah binti Umar, Zainab binti Khuzaimah, Ummu Salamah binti Abu Umayyah, Juwairiyyah binti al-Harith, Ummu Habibah, Safiyyah binti Huyai dan Zainab binti Jahsyh.

Antara sahabat terkemuka yang dikebumikan di kawasan ini ialah Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abi Waqqas, Fatimah binti Asad (ibu Sayyidina Ali), Sayyidina Uthman bin Affan, Abu Said al-Khudri, Saad bin Muaz, Abdullah bin Mas’ud dan lain-lain Radhiyallahu anhum ajma’in.

Pagi isnin (15 Mac 2010), saya sempat masuk menziarahi kawasan perkuburan ini bersama ribuan umat Islam yang lain, berdoa kepada Allah buat mereka yang telah mendahului kita.

Saya turut ambil maklum, antara yang dikebumikan di sini baru-baru ini ialah Sheikhul Azhar yang kembali kerahmatullah, Dr Muhammad Sayyid Tantawi RH.

Kelebihan perkuburan Baqi’

BEBERAPA tahun lalu, saya pernah menziarahi dan berbual dengan ulama Melayu, Tuan Guru Haji Salleh Penanti yang disegani di negara ini dan juga di Mekah. Beliau tinggal di Mekah tetapi kadang kala pulang ke tanah air. Beliau adalah salah seorang Syura Tabligh bagi Malaysia.
Tuan Guru pernah menceritakan kepada saya mengenai hasrat dan cita-cita ayahnya, Syeikh Uthman Jalaluddin yang merupakan ulama tersohor nusantara dan tanah Arab.
( (Nama lengkap ayahnya ialah Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti bin Muhammad bin Abdus Shamad al-Kalantani, lahir di Kampung Panjang, Daerah Sering, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1297 H/1880 M. Ada riwayat lain menyebut bahawa beliau lahir tahun 1300 H/1882 M dan wafat di Mekah, hari Jumaat, 30 Zulhijjah 1371 H/19 September 1952 M.))
Tuan Guru Haji Salleh pernah memberitahu bahawa ayahnya itu amat bercita-cita hendak meninggal dunia dan dikebumikan di Mekah.
Beliau berkata, ayahnya berdoa secara khusus terhadap hajatnya itu dan akhirnya Allah mengambil nyawanya di Mekah dan dikebumikan di sana iaitu di tanah perkuburan jannat al-Ma’ulla (Mekah).
Antara yang dikebumikan di Ma’ulla ialah isteri baginda s.a.w,Khadijah r.hu turut dikebumikan di Ma’ulla dan anak lelaki baginda s.a.w, Qasimyang meninggal dunia sebagai bayi yang baru lahir.
Bagaimanapun makam-makam tersebut telah diratakan (dimusnahkan) oleh Raja Saud iaitu Ibnu Saud pada tahun 1925, iaitu pada tahun yang sama makam-makam para sahabat r.hum di perkuburan Baqi di Madinah turut dimusnahkan oleh Ibnu Saud.
Tanah perkuburan baqi’ yang secara harfiah ‘al-baqi’ bererti taman pepohonan. Dikenal juga sebagai ‘Jannat al-baqi’
Hadith dari Aisyah ra.berkata: “Adalah Nabi saw. pada tiap malam gilirannya bersamaku, Baginda keluar pada tengah malam kekuburan Baqi’ lalu berkata: “Assalamualaikum penghuni perkampungan Islam, nanti pada waktu yang telah ditentukan kamu akan menemui apa yang dijanjikan. Dan insya Allah kami akan menyusulmu dibelakang. Ya Allah berilah ampunan bagi ahli kubur Baqi’ yang berbahagia ini”. (HR. Muslim).
Pada malam giliran Baginda bersama Aisyah r.a., Baginda akan keluar pada waktu tengah malam untuk ke kubur Baqi. Giliran Baginda bersama Aisyah menjadi dua malam kerana Saudah r.a. telah menyerahkan gilirannya kepada Aisyah. Rasulullah s.a.w. telah mengahwini Saudah r.anha setelah kematian Khadijah r.anha. Saudah r.a. berumur 52 tahun ketika Rasulullah s.a.w. mengahwininya.
Di dalam hadith disebut bahawa orang yang ditanam di kubur Baqi’ mendapat keamanan daripada azab kubur.
Maulana Zakariya, pengarang kitab Fadhail Amal adalah antara ulama dalam jemaah tabligh juga telah dikebumikan di kubur Baqi’, bersebelahan kubur Imam Malik dan beliau juga telah mensyarahkan kitab Muwatto, Imam Malik
About these ads
Comments
  1. ahmaddaniel says:

    insyaAllah ! amat lah berbahgia nya mereka dan semoga hamba menjadi salah satu yang berkampung di sana kelak…kg sebatu melaka 25 okt 2011

  2. Anonymous says:

    semoga alyarham ayahanda ku,sentiasa dirahmati disisi org2 yg beriman di tanah perkuburan disana……amin.

    • umi2013 says:

      aslm..arwah ibu saya juga bersemadi di sini..perginya arwah pd 28 dis 2012..semoga dpt syafaat dan ganjaran seperti yg telah dijanjikan..amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s