Soalan mengenai pinjaman perumahan kedua kakitangan kerajaan

Posted: October 25, 2010 in Useful
PINJAMAN KEDUA
Soalan:
Saya mempunyai baki kelayakan sebanyak RM200,000. Bolehkah saya membuat pinjaman perumahan kali kedua untuk membeli harta baru sebanyak RM150,000 dan baki RM50,000  lagi untuk membuat kerja-kerja ubahsuai rumah.
Jawapan:
Tidak layak. Pinjaman perumahan Perbendaharaan kali kedua hanya boleh dinikmati sekali sahaja untuk pembelian harta kedua atau kerja-kerja ubahsuai rumah.
Soalan:
Saya telah menikmati kemudahan pinjaman perumahan Perbendaharaan kali pertama secara pinjaman bersama dengan isteri. Baki hutang pinjaman isteri saya telah pun dijelaskan sepenuhnya. Bolehkah saya membuat permohonan pinjaman bersama bagi pembelian harta kedua sedangkan hutang pinjaman pertama saya masih belum dijelaskan sepenuhya.
Jawapan:
Tidak boleh.  Pinjaman kedua hanya boleh dipohon setelah pinjaman pertama selesai.
Soalan:
Apakah syarat-syarat utama yang ditetapkan bagi melayakkan seseorang kakitangan Kerajaan memohon pinjaman perumahan Perbendaharaan bagi pembelian harta kedua.
Jawapan:
Baki hutang pinjaman pertama selesai sepenuhnya
Tempoh maksima bayaran balik pinjaman adalah 20 tahun bagi peminjam yang   berpencen manakala bagi pencarum KWSP adalah 20 tahun atau terhad kepada tempoh perkhidmatan sehingga persaraan wajib mengikut mana yang terdahulu.
Amaun kelayakan pinjaman adalah baki kelayakan semasa setelah ditolak amaun   pinjaman pertama yang diambil tetapi tertakluk kepada ansuran bayaran balik bulanan tidak melebihi 50% anggaran pencen yang akan diterima atau tidak melebihi 1/4 daripada gaji pokok (pencen berdasarkan baki semasa).
Soalan:
Saya telah mengambil pinjaman perumahan Perbendaharaan dan pada masa yang sama saya telah mencagarkan harta tersebut kepada bank untuk pinjaman bagi tujuan mencukupkan wang beza. Adakah saya layak mengambil pinjaman tambahan dengan menggunakan baki kelayakan bagi mengambilalih pinjaman bank tersebut.
Jawapan:
Tidak layak.
Soalan:
Saya telah diluluskan pinjaman perumahan Perbendaharaan untuk membina rumah di atas tanah sendiri. Memandangkan keluasan tanah tersebut masih boleh digunakan untuk mendirikan sebuah rumah lagi, bolehkah saya menggunakan kemudahan pinjaman perumahan kali kedua untuk tujuan tersebut
Jawapan:
Tidak layak dipertimbangkan kerana pinjaman perumahan bagi membina rumah hanya dibenarkan untuk mendirikan sebuah rumah sahaja di atas satu lot tanah.
Soalan:
Saya telah mengambil pinjaman perumahan Perbendaharaan dan telah menyelesaikan kesemua baki hutang pinjaman saya. Seterusnya saya telah mencagarkan harta tersebut kepada bank untuk tujuan peribadi. Bolehkah saya menggunakan kemudahan pinjaman perumahan kali kedua untuk menebus hutang pinjaman saya dengan bank berkenaan.
Jawapan:
Tidak boleh.
Soalan:
Sekiranya suami saya meletak jawatan, adakah saya layak mengambil alih pinjaman perumahan Perbendaharaan  bagi menyelesaikan baki hutang pinjaman.
Jawapan:
Boleh dipertimbangkan dengan syarat suami bersetuju untuk memindahmilik harta sekurang-kurangnya sebahagian atau sepenuhnya kepada nama isteri.
Soalan:
Bolehkah saya mengambilalih pinjaman suami saya yang meletak jawatan sekiranya bayaran berperingkat belum dikeluarkan 100%  atau rumah masih belum siap.
Jawapan:
Tidak boleh.
Soalan:
Sekiranya suami saya memilih persaraan  pilihan sendiri, adakah saya layak mengambilalih pinjaman perumahannya kerana belum menerima bayaran pencen bulanan. Tambahan pula saya  belum lagi mengambil pinjaman perumahan Perbendaharaan
Jawapan:
Suami yang bersara awal boleh meneruskan bayaran balik secara tunai sehingga pencen dilakukan, puan tidak perlu ambilalih pinjaman tersebut.
Soalan:
Saya telah membeli rumah melalui pinjaman perumahan Perbendaharaan. Malangnya rumah masih belum siap kerana terlibat dengan projek terbengkalai. Soalan saya:
Bolehkah saya membatalkan pinjaman perumahan tersebut dan memohon pinjaman perumahan yang baru bagi pembelian rumah yang lain.
Jawapan:
Dibenarkan batal pinjaman dan boleh dipertimbangkan untuk pinjaman membeli harta baru dengan syarat menjelaskan baki hutang pinjaman asal  terlebih dahulu.
About these ads
Comments
  1. saifulhayrul noor salleh says:

    Bolehkah saya menggunakan pinjaman kedua untuk membina rumah di atas tanah sendiri?,pinjaman pertama telah pun di langsaikan ,di mana rumah tersebut telah pun dijual lebih kurang 3 tahun yang lepas.berapakah kelayakan pinjaman kedua saya?untuk pengetahuan pihak tuan ,saya berumur 38 tahun dan memilih skim persaraan umur 56 tahun,dan pinjaman pertama saya pada tahun 2003 berjumlah rm 90 000 ,dan saya bergaji pokok sebanyak rm 2710 tidak termasuk elaun lain.

  2. Anonymous says:

    saya telah menjual rumah dan dibayar melalui bank kepada bpp. Soalan saya mengapa baki pinjaman tidak menunjukkan pengurangan dari pihak bpp iaitu baki hutang rumah saya RM216000+++ sebaliknya meningkat kepada RM219000+++(selepas settlement figure). Adakah pengurangan akan diberi selepas bayaran penuh diterima pihak bpp?

  3. satar says:

    saya telah selesai bayar hutang rumah pertama saya dan saya telah menjual umah tersebut.saya ingin membeli umah kedua.bolehkah saya mendpat pinjaman

  4. kalawathy chellumuthu says:

    saya telam membuat pinjaman pertama dan sekarang saya bercadang utk menjual harta tersebut dan membeli rumah yang lebih selesa. bolehkah saya membuat pinjaman kedua selepas menjual rumah pertama.

  5. ROSDAN BIN SAAT says:

    SAYA TELAH MEMBUAT PINJAMAN PERUMAHAN TETAPI BUKAN SECARA ISLAMIK, BOLEHKAH SAYA MENUKAR KEPADA PINJAMAN SECARA ISLAMIK, KALAU BOLEH BAGAIMANA CARA-CARA DAN SYARAT-SYARATNYA. TERIMA KASIH

  6. zaini bt jidin says:

    Adakah ganjaran perkhidmatan saya akan dipotong 50% untuk pinjaman rumah kedua selepas saya pencen pilihan

  7. keirudin b Idris says:

    assalamualaikum, sy telah mendapat kemudahan pinjaman perumahan kerajaan 1997(pinjaman bersama Rm150k) dan sy bercadang menjelaskan baki hutang tersebut . sy bercadang utk membuat pinjaman kedua. Apa aturan jumlah kiraan bg mendapat pinjaman kedua sy dan pasangan.

  8. poongothai a/p vairaprumal says:

    saya berumur 50 tahun dan opsyen bersara 58 tahun .saya ingin membeli rumah berharga rm145000 dengan pinjaman kedua dimana pinjaman pertama telah selesai. apakah syarat dan berapakah pinjaman yang layak

  9. sofia tahiruddin says:

    saya berumur 49 tahun dah telah memilih umur pesaraan 60 tahun. Saya telah melangsai pinjaman perumahan pertama dan bercadang untuk membuat rumah di atas sebidang tanah dan ingin memohon pinjaman kedua. Gaji hakiki saya ialah RM5000 dan ingin bertanya berapakah kelayakan yang saya boleh mohon untuk pinjaman kedua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s